IPOH: Golongan wanita wajar merebut peluang dan berani keluar daripada zon selesa, untuk melangkah jauh dalam bidang perniagaan, khususnya berbentuk pendigitalan.

Platform media sosial yang pelbagai kini boleh menjadi loncatan untuk mereka, jika kena pada penggunaan dan menarik isi kandungannya.

IPOH: Sistem parkir tanpa tunai atau cashless parking yang diperkenal di beberapa lokasi di bandar raya ini, bukan untuk merumitkan pengguna, tetapi mengikut perkembangan semasa.

Menolak dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan sistem parkir itu hanya menyusahkan pengguna khususnya warga emas, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, perkara itu wajar dilihat secara menyeluruh.

KUALA KANGSAR: Seramai 50 orang pelajar Pusat Kecemerlangan Universiti Sultan Azlan Shah (UBC) 2022, menerima biasiswa 'Fast Track', manakala tiga lagi menerima Skim Pembiayaan Tertiari.

Di samping itu, 13 orang turut menerima bantuan sekali beri bagi pengajian tahun ini di universiti terbabit.

KUALA KURAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Kuala Kurau telah menahan dua buah bot kenka di kedudukan 0.26 batu nautika barat daya Kuala Gula, di sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid berkata, bot tersebut ditahan sekitar jam 12 tengah hari kerana telah melanggar syarat lesen.

 

IPOH- Seramai 16 orang jelitawan seluruh Malaysia bakal berentap untuk muncul sebagai juara Miss Malaysia Tourism Pageant 2022 (MMTP2022) pada 23 September 2022 ini.

Presiden Miss Tourism International, Tan Sri Danny Ooi berkata pengajuran MMTP2022 selain mencungkil bakat baru dalam bidang pragawati ia juga mampu membantu mempromosikan produk pelancongan yang ada di negeri Perak.