IPOH 5 Mei – Juadah berbuka dari dapur Hotel Casuarina@Meru sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi selain dipuji sebagai antara yang paling enak.

Maka, tidak hairanlah setiap kali Ramadan kehadiran pengunjung untuk iftar di sini sentiasa mendapat sambutan baik.

Murtabak Wan Istimewa yang dikenali sejak 50 tahun yang lalu, masih terus mendapat sambutan hangat walaupun di masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung akibat krisis covid 19 melanda sekarang ini.

Perniagaan yang bermula sejak tahun 1970  telah diasaskan Mohd Ansop Mat Tasman,72, yang lebih mesra dipanggil Pak Wan oleh pelanggan-pelanggan sejak sekian lama.

Bahasa

Sebuah kafe yang kreatif dengan sentuhan gabungan warna biru dan putih,  Hidangan Pasta Lemak Cili Padi dan sup Tulang Merah Singapore bersama roti arab antara sajian yang mencuri selera anda. Smoke Salmon Pasta juga tidak kurang hebatnya. Alami sendiri kelazatan pencuci mulut Triple Sin Cheese Cake untuk dinikmati bersama Teh O panas pasti satu hari nanti anda akan berkunjung lagi ke sini.

FB: Cotton Craft

IG: Cotton Craft

GPS: 4.6762620, 101.0800780

Lokasi : Bandar Meru Raya.

Bahasa

Pernahkan anda berpeluang menikmati kopi yang dipetik dan diproses dari pergunungan tinggi Doi Chaang ,Utara Thailand. Aroma kopi Doi Chaang pasti membangkitkan kegairahan anda untuk dinikmati bersama roti, salad ,pasta dan kek. Ice Doi Chaang dan Café Latte antara minuman yang popular dikalangan pegunjung di sini. Sesuainya dengan konsep kafe kontemporari, pengunjung akan merasai sesuatu kelainan yang sukar digambarkan.

FB: Doi Chaang Coffee

IG: @doichangmjipoh

GPS: 4.616056, 101.122087

Lokasi : Bandar Baru Medan Ipoh.

Bahasa

Cafe dimsum halal yang terbaik untuk dikunjungi. Antara dimsum yang popular ialah Dumpling Spinach Mai, Blue Flower Dumpling dan Prawn Dumpling selain dari pelbagai menu lain.

Facebook : Dimsum Cafe Greentown

Instagram : Dimsum Cafe Greentown

GPS Coodinate : 4.598592, 101.092365

Lokasi : Greentown Business Centre, Ipoh.