IPOH - Cahaya lampu sorot (spotlight) warna bendera Palestin menyinari tiga lokasi di bandar raya ini sebagai tanda solidariti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terhadap rakyat negara tersebut yang ditindas oleh kezaliman rejim Zionis. 

Lampu tersebut di pasang di Dewan Bandaran Ipoh, Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Menara Jam Dataran Bandaraya dari jam 7 petang sehingga 12 tengah malam mulai hari ini sehingga 31 Mei.

IPOH – Ada laman media sosial tetapi tidak dimanfaatkan untuk menyebar luar maklumat kepada orang ramai.

Itu teguran warga maya berhubung laman media sosial Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak kerana tidak memaparkan sebarang maklumat yang wajar diketahui rakyat Perak memandangkan empat mukim dalam negeri ini akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerak Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa tengah malam ini.

KUALA KANGSAR - Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) menggerakkan inisiatif menzahirkan rasa kebersamaan buat penduduk Palestin dengan memasang bendera negara tersebut bersama bendera negara Malaysia dan negeri Perak di beberapa lokasi tumpuan di sini.

Bendera Palestin turut dikibarkan di Wisma MPKK manakala lampu bewarna merah dan hijau sebagai lambang negara Palestin turut dipasang pada bangunan Menara Jam Besar dan juga bangunan Pavillion.

IPOH – Kelab Belia Abrar memasang 15 bendera Palestin di sekitar bangunan Masjid Jamek Idris Iskandar Shah 1, di sini, sebagai tanda solidariti mereka terhadap rakyat di negara tersebut.

Pengerusinya, Muhammad Syukri Alimar Shidi berkata, pemasangan bendera ini adalah cara terbaik bagi menunjukkan solidariti secara lapangan dan fizikal kerana masih ada orang ramai yang tidak tahu akan isu yang berlaku di Palestin.

GERIK – Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad telah mengadakan tinjauan bagi melihat lebih dekat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu di sini semalam.

Sebaik tiba, beliau serta beberapa Exco kerajaan negeri diberikan taklimat dan laporan di Pejabat Daerah Pengkalan Hulu disusuli operasi di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK).