IPOH – Kes indeks jenayah di negeri Perak sepanjang tahun ini sejak Januari lalu menunjukkan penurunan sebanyak 227 kes atau 19.2 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu sekali gus menunjukkan kesungguhan pihak polis dalam mengekang kes-kes jenayah.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam tempoh tersebut indeks jenayah harta benda menurun iaitu sebanyak 210 kes begitu juga kes jenayah kekerasan yang menurun 17 kes berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua masjid dan surau di negeri ini mengadakan solat hajat dengan membaca qunut nazilah selepas solat Jumaat pada 7 Mei ini agar diberikan perlindungan dan keselamatan daripada wabak Covid-19.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, baginda begitu prihatin dan menzahirkan kebimbangan bilangan kes pesakit Covid-19 yang semakin meningkat.

 

IPOH- Penganjuran program  WOWCUTI  selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Mac 2021 merupakan inisiatif bagi  melonjakkan semula industri pelancongan di Negeri Perak.

Program anjuran WOWCUTI yang disokong oleh Tourism Malaysia Wilayah Utara (TMWU) bersama  25 orang penggiat industri pelancongan dari Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis ke Negeri Perak mendapat perhatian dari perbagai pihak setelah pemandu bas berkenaan disahkan positif Covid-19.

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika ini sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari selepas dikesan menjadi kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif Covid-19.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Sham Mat Sahat berkata, beliau menerima maklumat bahawa Saarani diminta untuk menjalani kuarantin bermula hari ini sehingga 11 Mei, selepas menjadi kontak rapat dengan individu berkenaan ketika menghadiri satu program di Lenggong.

IPOH – Kerajaan dirayu untuk meneruskan semula projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) yang tertangguh sejak Disember 2019 sehingga mengakibatkan kira-kira 10,000 pekerja tempatan hilang punca pendapatan.

Penangguhan projek nasional yang dijalankan di Lumut itu turut memberi impak kepada 400 syarikat pembekal tempatan malahan 50 peratus daripadanya terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu lagi menanggung pelbagai masalah termasuk bebanan hutang.