IPOH - Tempahan hotel dan penginapan di bandaraya ini meningkat hampir 60 peratus sejak Perak beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 8 November lalu.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Perak, Nurul Nuzairi Mohd Azahari berkata, ia merupakan lonjakan yang sangat positif selepas perlahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

IPOH - Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak (KSKMP) hari ini menerima lawatan delegasi Media Terengganu ke bandaraya ini bagi mengeratkan lagi hubungan antara media Perak dan media Terengganu khususnya dalam mempromosikan pelancongan di kedua-dua negeri berkenaan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud bersama Pengurus Besar Lost World of Tambun, Nurul Nuzairi Mohd Azahari menyantuni lawatan berkenaan dalam satu Majlis Minum Petang di Lost World of Tambun (LWoT) di sini, pada Khamis.

Setiap jemaah umrah dan ziarah yang pernah mengunjungi Kota Madinah, sudah pasti menahan gelora rindu dan merasa terpanggil untuk mengunjunginya semula.

Di sinilah juga tempat istirehat terakhir junjungan besar baginda, Nabi Muhammad S.A.W., nabi terakhir bagi umat Islam. 

IPOH - Seramai 15 penghuni Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Yaasin (PJAYY) terharu menerima kunjungan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md. Daud ke pusat jagaan tersebut, di Taman Cempaka, di sini hari ini.

Dalam kunjungan itu juga, pihak Majlis Bandaraya Ipoh, (MBI) turut menzahirkan keperihatinan dengan penyerahan sumbangan iaitu barangan makanan bernilai RM1,500.00 menerusi Program MBI Prihatin dengan kerjasama Econsave kepada Pengurus PJAYY, Norizan Razali mewakili penghuni di situ, pada Rabu.

MADINAH - Jemaah yang bakal mengerjakan umrah boleh memohon dos penggalak vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

Presiden Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ), Mohamad Ali Sabri  berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berhubung suntikan dos penggalak.