- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 645
TAIPING - Bantuan bomba terpaksa dipanggil bagi membawa keluar mayat seorang lelaki yang lemas di kawasan air terjun dekat kaki Bukit Larut di sini petang tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan bantuan tersebut pada pukul 3.09 petang.
Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dihantar ke lokasi kejadian dilaporkan berlaku.
"Setiba di lokasi, kita mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 34 tahun telah maut di tempat kejadian.
"Mangsa dipercayai berseorangan semasa kejadian," ujar jurucakap tersebut.
Komander operasi kemudian mengarahkan anggota mengambil mangsa menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai oleh PBK II Shah Izuwan itu tamat sepenuhnya pada pukul 6.05 petang.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 551
TAPAH - Lorong kecemasan dan lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan antara Tapah ke Bidor akan ditutup lima hari mulai Isnin, 15 November.
Bagaimana pun, lorong kanan dari Kilometer 329.65 hingga Kilometer 330.10 arah selatan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Read more: Laluan Tapah - Bidor Lebuh Raya PLUS diselenggara
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 571
IPOH - Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar raya Ipoh antara rangka pembangunan kerajaan negeri dalam menyediakan hab pengangkutan yang lebih moden selain mengatasi masalah kesesakan pada masa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata sebagai permulaan, hab pengangkutan itu akan dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 60 hektar di sekitar Stesen Keretapi Ipoh, di sini.
Read more: LRT di bandar raya Ipoh dalam rangka pembangunan kerajaan negeri
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 930

JEDDAH - Bakal jemaah umrah dan haji diwajibkan menggunakan aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna bagi memudahkan urusan ibadah di semua lokasi Tanah Suci.
Presiden Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ), Mohamad Ali Sabri berkata kedua aplikasi tersebut telah diguna pakai lebih 23 juta penduduk Arab Saudi pada September lalu.
Read more: Tawakkalna dan Eatmarna aplikasi wajib di Tanah Suci
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 685

IPOH – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bersama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) mengambil inisiatif membantu keluarga Encik Azidi Sudin yang menetap di Kampung Sri Aman, Menglembu, di sini yang hidup dalam serba kekurangan.
Azidi berusia 53 tahun berstatus asnaf dibantu dari pelbagai sudut seperti bantuan pembinaan tempat tinggal iaitu dibawah Program Inspirasiku MyHAUS berjumlah RM40,000.
Read more: YaPEIM, MAIPk Bantu peniaga pisang goreng menerusi Program Inspirasiku MyHaus






