- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 656

PUTRAJAYA - Kampung Talang Hulu dari Daerah Kuala Kangsar dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Komuniti Zon Hijau COVID-19 Kategori Luar Bandar (Kampung Tradisional) bagi negeri Perak, baru-baru ini.
Hadiah telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Zulhisham Ahmad Shukori dalam Program #KeluargaMalaysiaSiagaBencana.
Read more: Kampung Talang Hulu, Johan Komuniti Zon Hijau Covid-19 Negeri Perak
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 575
IPOH - Industri penternakan banyak menggunakan antibiotik untuk kawalan penyakit yang sebenarnya jika tidak diawasi boleh memberi kesan dalam aspek keselamatan makanan.
Justeru, langkah melarang penggunaan enam antibiotik dalam makanan haiwan berkuat kuasa tahun ini oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dibuat atas pertimbangan menyeluruh.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor, berkata, larangan itu sebenarnya penting apabila dapat meningkatkan aspek keselamatan makanan.
"Sekiranya tidak digunakan dengan betul ia boleh mengakibatkan kerintangan antibiotik kepada manusia apabila mereka menerima rawatan, terutama dalam penyakit tertentu.
"Larangan ini satu kebaikan," katanya kepada pemberita pada lawatan kerja Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Institut Penyelidikan Veterinar Ipoh, di sini hari ini.
Norlizan berkata, pengeluaran makanan akan ditingkatkan dari segi kuantiti tetapi pada masa yang sama, kualiti dan keselamatan terjamin.
Sebelum ini, enam antibiotik iaituerythromycin, enrofloxacin, tylosin, ceftiofur, tetracycline dan fosfomycin yang biasanya digunakan sebagai penggalak tumbesaran dilarang penggunaannya.
Polisi berkaitan larangan penggunaan antibiotik itu dikuat kuasakan tahun ini selepas dilaksanakan secara 'phasing out policy' bermula 2019.
Sehubungan itu penternak digalak menggunakan kaedah atau bahan alternatif seperti probiotik, prebiotik, antimicrobial peptides dan vaksin bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan antibiotik pada haiwan atau makanan haiwan.
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 738

KUALA KANGSAR - Bandar DiRaja Kuala Kangsar bakal diangkat sebagai warisan kebangsaan, tidak lama lagi.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata selepas mendapat penarafan Bandar Kuala Kangsar akan dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Read more: Bandar Diraja Kuala Kangsar, bakal jadi tapak warisan dunia
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 617
IPOH — Kepentingan usahawan untuk memperkasa dan memahirkan diri dalam penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sangat perlu kerana kepelbagaian penggunaan pada kemahiran digital.
Dalam konteks perniagaan semasa norma baharu juga memperlihatkan era digital mula mengambil alih selain memudahkan urusan.
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 543
IPOH - Masih terdapat 279 guru di negeri ini yang enggan divaksin walaupun pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah memujuk tetapi tetap tidak mahu menerima suntikan tersebut.
Sehubungan itu kerajaan negeri menyerahkan perkara tersebut kepada Jabatan Pendidikan negeri serta pentadbiran sekolah bagi menguruskan isu berkenaan.







