MANJUNG - Seramai 88 orang penduduk melibatkan 23 keluarga yang terjejas disebabkan banjir kilat di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Panchor, Pengkalan Bharu dekat Beruas dipindahkan malam tadi.

Kesemua mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Panchor.

 

Sesiapa tidak menyangka di sebalik keindahan dan kedamaian Taman Jepun terselit ‘Janda Merana’ menghiasi beberapa sudut taman yang menjadi lambang persahabatan bandar raya Ipoh dan Fukuoka.

‘Janda Merana’ merupakan salah satu pokok teduhan yang menaikkan keindahan semula jadi kerana struktur daunnya yang kecil dan merimbun menambah seri  keunikan taman ini.

 

IPOH – Majlis Daerah Selama (MDS) telah memutuskan tidak membenarkan penjualan minuman keras secara runcit pada mana-mana premis perniagaan di daerah itu mulai Januari 2022.

Melalui Ahli Majlis MDS dan di bawah kepimpinan Yang DiPertua Majlis, Nor Akmal, kesemua para peniaga di daerah ini yang terlibat dengan penjualan minuman keras telah bersetuju.

KAMPAR - Keseronokan satu keluarga berkelah di Sungai Dipang dekat Kampung Sahom di sini petang tadi bertukar cemas apabila salah seorang ahli keluarga itu terperangkap atas batu disebabkan kejadian kepala air.

Air yang bertukar deras tanpa disedari menyebabkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu tidak sempat menyelamatkan diri.

Gopeng - Proven Optimisation Innovative Solutions (POIS) memperuntukan sebanyak RM3.0 juta bagi penjenamaan semula Taman Herba Gopeng yang telah dimulakan pada tahun 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin berkata taman herba milik Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) itu telah melalui fasa pertama dan bakal siap sepenuhnya pada tahun 2022.