Carmel Desert Camp : Alami Budaya Arab Badwi
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 599
Pernahkah di antara kita ingin merasai bagaimana suasana kehidupan nomad kaum Arab Badwi di padang pasir.
Carmel Desert Camp (CDC) mengetengahkan budaya kehidupan tradisional yang berkonsepkan kekitaan muzik tradisional, puisi, tarian, tradisi menunggang unta dan perkhemahan pasti menerujakan.
CDC terletak di Dhahban, luar dari bandar Jeddah bakal merialisasikan impian anda untuk merasai pengalaman yang melangkau jauh bersama keghairahan tamadun masyarakat Timur Tengah.
CDC memulakan operasi sejak 2017, kini semakin menjadi tumpuan pelancong terutamanya para jemaah umrah dan haji. Menerima banyak tempahan pelancong sekitar November hingga April.
Selain dari aktiviti riadah ia juga menawarkan aktiviti menunggang unta dan kuda, mendaki gunung dan menerokai gurun menggunakan kereta pacuan empat roda.
Sesuatu yang paling menarik di sebelah malam dan pastinya menjadi kenangan manis ialah apabila tetamu disajikan dendangan irama muzik gipsi Arab sambil menikmati juadah nasi Arab.
Tiada perkataan mampu merungkai serta mengambarkan kedamaian jiwa apabila kedinginan bayu malam menyapa tubuh. Mata dan minda terpesona melihat kerdipan jutaan bintang bertaburan di dada langit sambil telapak kaki menjamah kehalusan pasir selembut sutera.
Layari laman sosial Instagram Carmel Tours untuk mengetahui info lanjut berhubung pelbagai aktiviti menarik bakal percutian anda. - Peraktastic
*Setinggi penghargaan kepada penaja utama Carmel Tours, Jeddah dan Saudi Tourism Authority.