Lebih 3,000 kunjungi Perak Travel Fair 2022 - Inisiatif berkesan bantu pemain industri
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 399
Shah Alam- Lebih 3,000 pengunjung hadir menyaksikan Perak Travel Fair (PTF) 2022 yang berlangsung selama tiga hari di Setia City Mall, Shah Alam, Selangor bermula 11 hingga 13 Mac 2022.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Perak (PPPBP), Zamari Muhyi berkata langkah kerajaan negeri menerusi Tourism Perak mengadakan PTF 2022 bertepatan pada masa pembukaan semula sempadan negara kepada pelancong-pelancong antarabangsa pada 1 April depan.
“Industri pelancongan di negara ini akan kembali seperti sebelum pandemik dan kami telah bersedia sepenuhnya terutama pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang seharusnya wajid diteruskan walaupun negara melangkah ke fasa endemik. Kami hanya menunggu dan bersedia mengikuti SOP baharu yang mungkin dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Terima kasih kepada Tourism Perak kerana membuka peluang untuk pemain industri kembali memeriahkan sektor pelancongan dengan pelbagai hidangan produk-produk baharu serta pakage-pakage yang diluar jangkaan dan mampu milik untuk kegembiraan seisi keluarga.
“Cabin Stay & White Water Raffting merupakan salah satu pakage percutian yang berbaloi dengan harga RM188 termasuk penginapan, sarapan, makan tengahari dan aktiviti lasak di Sungai Slim River. Cabaran sukan lasak ini telah diakui lebih mencabar dari pakage white water raffting yang sedia ada jika dibandingkan pakagenya lebih mahal dari harga promosi kami sehingga akhir tahun ini”, katanya kepada Peraktastic.
Sementara itu, Ketua Operasi Orang Asli Lata Kinjang, Mohd Zukni Mohd Yusuf berkata program PTF 2020 bukan sahaja membantu pemain industri pelancongan tetapi merangkumi sektor perhotelan dan pengusaha produk-produk makanan dan kraftangan.
“Kesemua pemain industri dari pelbagai cabang kini bernafas semula dengan bantuan dan sokongan Tourism Perak. Kami sangat menghargai inisiatif ini yang menjadi platform untuk kami mempergiatkan semula sektor pelancongan yang ‘membeku’ lebih dua tahun akibat pandemik COVID-19.
“Taman Eco Rimba Lata Kinjang juga dalam pelbagai perancang untuk melonjakkan semula kemeriahan taman rekreasi yang terkenal di mata dunia ini. Kami akan menyajikan pakage-pakage yang terbaik untuk kunjungan pelancongan ke Taman Eco Rimba Lata Kinjang dengan pelbagai pembaharuan dan kejutan”, katanya. -PERAKTASTIC