Perlancongan Nautika Ke Arah Kemampanan Komuniti Dan Pelancongan - Nolee Ashilin
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 342
Lumut- Persidangan Pelancongan Marine Antarabangsa 2022 (PIMTC22) selain memperlihatkan potensi ‘blue economy’, ia juga memperkenalkan sektor pelancongan marin nautika yang bakal menaikkan nama Lumut dan Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan utama negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Negeri Perak, Dato’ Nolee Ashilin Dato’ Mohd Radzi berkata menerusi PIMTC22 membuka peluang kerjasama para pengusaha marin tempatan dengan pelayar-pelayar antarabangsa bagi mewujudkan pelbagai rangkaian yang memberi manfaat kepada semua pihak.
“PIMT22 membuka peluang kepada pelayar-pelayar memperdengarkan permasalahan yang dihadapi oleh mereka seperti kawalan sempadan, standrad operasi pelabuhan, kemudahan dan perkidmatan. Hasil pembentangan permasalahan serta usul-usul akan dirumus dan dipanjangkan ke Kerajaan Persekutuan untuk dipertimbangkan sebelum diluluskan.
“Penyertaan pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi juga sudah pasti mendapat manfaat menerusi perkongsian oleh penceramah-penceramah dalam pelbagai bidang kemahiran marin nautika.
“Sekiranya PIMT22 ini berjaya mencapai matlamat seperti yang diharapkan, sudah pasti ianya akan menyumbang ke arah perkembangan industri pelancongan dan kemampanan komuniti”, katanya dalam sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Dan Perasmian Pangkor International Marine Tourism Conference 2022, di Marina Island Pangkor Resort, disini pada 9 Mei 2022 , baru-baru ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Dato’ Seri Dr Santhara Kumar; Presiden Persatuan Pelancong Negeri Perak, Dato’ Mohd. Odzman Abdul Kadir; dan Penasihat PPMAP 2022, Dato' Seri Mirza Taiyab Beg.
Hampir 200 orang penyertaaan di kalangan pelayar-pelayar antarabangsa terlibat dalam PIMT22 antaranya dari negara Amerika Syarikat, Kanada, Austria, NZ, Jepun, Ireland, Switzerland, Perancis, Jerman & Sweden.
PIMTC22 berlangsung selama empat hari bermula 9 May hingga 12 May 2022. Para peserta juga dibawa melawat ke Taiping, Kuala Kangsar dan Labu Kubong bagi memperkenalkan lebih dekat produk-produk pelancongan negeri ini.
Sementara itu, pada 12 May 2022 akan berlangsung acara simbolik pelepasan ‘Flag Off’ bot layar yang bakal dilakukan oleh Dato’ Nolee Ashilin. - PERAKTASTIC