Bandar Tapah dan Daerah Batang Padang bakal menjadi Bandar Pelancongan tumpuan ramai
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Pelancongan
- Hits: 558
TAPAH - Bandar Tapah yang terletak di daerah Batang Padang bakal menjadi tumpuan pelancong menjelang penghujung Jun ini.
Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Negeri Perak (PPPBNP), Zamari Muhyi berkata pihaknya akan berkerjasama dengan Tourism Perak bagi mewujudkan produk pelancongan baharu di bandar tersebut.
"Fasa pertama kita akan mewujudkan lorong seni dengan lukisan mural dan ’Arts Installation’ yang dijangka akan siap penghujung Jun ini.
"Pada hujung minggu pertama setiap bulan akan diadakan Bazar Seni Mingguan yang membuka peluang perniagaan kepada generasi muda mempamer dan menjual hasil produk mereka.
"Pusat Hentian Kembara Perak turut diwujudkan bagi memberi kemudahan informasi tentang produk pelancongan dan seni yang terdapat di dalam daerah Batang Padang," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Manurut Zamari lagi, pihaknya juga akan menghasilkan Peta Ria Tapah dan Batang Padang serta risalah Jejak Warisan Tapah bagi memudahkan pengunjung menerokai produk pelancongan sedia ada.
"Kita berharap melalui perancangan ini, dapat membantu dalam memacukan semula ekonomi tempatan di samping menghidupkan semula industri pelancongan domestik dari belenggu pandemik Covid-19," ujarnya.
Hadir sama dalam rundingan itu, Yang DiPertua Majlis Daerah Tapah, Muhamad Shahlan Husnin dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa.