- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Dalam Negeri
- Hits: 475
IPOH 12 MEI- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak amat terharu dan menjunjung kasih atas ucapan penghargaan DYMM Paduka Seri Sultan Perak kepada anggota kesihatan dalam memerangi COVID-19 di Perak.
Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dato' Dr Ding Lay Ming berkata, penghargaan yang dilafazkan melalui titah ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak ke-14, memberikan semangat kepada anggota kesihatan JKN Perak untuk meneruskan aktiviti-aktiviti pencegahan, pengesanan kes, pengasingan kes dan rawatan kes COVID-19 di negeri Perak.
Read more: Ucapan Penghargaan Sultan Perak Suntik Semangat Anggota JKN
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Dalam Negeri
- Hits: 553
IPOH 12 Mei - Seramai tiga orang ADUN lagi dilantik sebagai Exco kerajaan Perak oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini. Dengan perlantikan tersebut telah melengkapkan seramai 10 orang Exco kerajaan Perak.
Ketiga-tiga Exco kerajaan negeri yang baharu itu merupakan wakil rakyat daripada UMNO iaitu ADUN Lintang, Datuk Zolkafly Harun; ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed dan ADUN Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud.
Read more: Tiga Lagi ADUN Dilantik Sebagai EXCO Kerajaan Negeri
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 469
IPOH - Seramai tiga orang ADUN lagi dilantik sebagai Exco kerajaan Perak oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan melantik tiga lagi Exco kerajaan Perak sekaligus melengkapkan 10 Exco kerajaan negeri yang telah dilantik.
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 438
IPOH 10 Mei - Malaysia berada pada tangga keempat daripada 105 negara dalam kepuasan rakyat terhadap kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.
Manakala hampir seluruh mukim di seluruh negara atau 94.4 peratus berstatus hijau dengan 0 kes terbaru jangkitan sepanjang dua minggu lalu manakala selebihnya adalah zon kuning dan merah.
- Details
- Dalam Negeri
- Hits: 499
IPOH - Dua kes baharu Covid-19 membabitkan adik beradik dari Sitiawan dilaporkan hari ini selepas 10 hari Perak diisytiharkan bebas daripada kes aktif wabak tersebut.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming dalam kenyataan ringkasnya berkata, dua beradik masing-masing berusia 29 dan 30 tahun itu adalah warga tempatan.
Menurutnya, kes pertama dikesan melalui saringan kesihatan sebelum kembali bekerja.
"Manakala, kes kedua dikesan melalui aktiviti pengesanan kontak rapat bagi kes pertama.
"Kedua-dua kes tiada bergejala dan punca jangkitan masih dalam siasatan," katanya.
Sebelum ini, Perak mencatatkan 253 kes jangkitan positif secara keseluruhan membabitkan enam kematian.
Bagaimanapun, kesemua 247 orang telah sembuh dan dibenarkan untuk pulang.