IPOH- Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah (Puhaz) menyifatkan pemberian insentif Kerajaan Negeri Perak sebagai sokongan dan suntikan semangat kepada para penggiat industri pelancongan.

Timbalan Pengerusi Puhaz, Mohamad Jamaluddin berkata industri pelancongan sememangnya terkesan dan menjadi semakin lumpuh sehinggakan ada yang gulung tikar kerana mengalami kerugian yang besar.

“Bantuan kewangan secara one-off kepada pemain-pemain industri pelancongan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021 yang diumumkan Menteri Besar Perak, dato’ Saarani Mohamad bertepat pada waktu yang pehun kesukaran ini.

“Melalui bantuan itu sebanyak RM2,000 diberikan kepada Puhaz yang akan memberi manfaat kepada 35 ahli dengan perbelanjaan sebanyak RM70,000.

“Pihak Puhaz berterima kasih di atas keprihatian kerajaan negeri. Bantuan itu membolehkan kami menampung pelbagai keperluan yang harus diuruskan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Pada masa yang sama, Mohamad turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk NoleeAshilin Mohammed Radzi, menerusi Tourism Perak diatas sumbangan baucer kepada 35 syarikat agensi pelancongan di bawah Puhaz.

“Kami berharap dapat menjalingkan bekerjasama yang baik bersama Tourim Perak. Kami juga telah merangka kerjasama melalui program Jejak Warisan Masjid dia mana kami bertindak sebagai  penyelaras kepada produk pelancongan Islam di negeri ini,” ujarnya.