IPOH - Seramai 45,734 petugas barisan hadapan di negeri ini sudah menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak dilaksanakan sehingga semalam.

Jumlah tersebut menjadikan pelaksanaan fasa pertama program tersebut di Perak yang dijangka selesai pada 31 Mac ini sudah mencapai kira-kira 97.5 peratus.

KUALA LUMPUR - Lebih enam juta individu sudah mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

KUALA LUMPUR - Dijangkakan sehingga 30 peratus atau kira-kira 31,800 daripada jangkaan 106,000 pesakit yang menjalani dialisis buah pinggang menjelang tahun 2040 adalah terdiri golongan muda.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian mendapati seramai 8,000 pesakit baharu dikesan pada 2018 menyaksikan trend terbabit turut menunjukkan peningkatan setiap tahun.

IPOH- Orang ramai berpeluang menikmati diskaun 10% pada setiap pembelian barangan di CoopFarmasi yang memulakan operasi 9 Januari lalu.

CoopFarmasi terletak di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh, Perak merupakan milik Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Perak (KAKIB).

Sejak berabad lama bunga telang digunakan untuk pelbagai menu dalam masakan. Bunga berwarna biru tua ini dijadikan bahan minuman teh herba yang dikatakan mampu melambatkan kesan penuaan.

Di Malaysia, bunga telang atau butterfly-pea (Clitoria ternatea) begitu sinonim sebagai pewarna makanan khususnya bagi nasi kerabu. Menurut kajian bunga telang bermanfaat dijadikan rawatan perubatan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.