IPOH- Pengusaha hotel dan resort kini ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’ lantaran lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sehingga 28 Jun depan.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Perak (PPPBP), Zamari Muhyi berkata, pengusaha perhotelan dan resort menghadapi impak yang sangat teruk seperti kos pengoperasian, pemberhentian kakitangan dan jalan terakhir penutupan operasi perniagaan sekiranya berterusan gagal menjana pendapatan akibat PKP yang berlarutan.

TAPAH - Bandar Tapah yang terletak di daerah Batang Padang bakal menjadi tumpuan pelancong menjelang penghujung Jun ini.

Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Negeri Perak (PPPBNP), Zamari Muhyi berkata pihaknya akan berkerjasama dengan Tourism Perak bagi  mewujudkan produk pelancongan baharu di bandar tersebut.

IPOH – Tourism Malaysia Wilayah Utara menawarkan 10 pakej pelancongan mampu milik di lokasi-lokasi menarik sekitar negeri Perak dengan harga serendah RM138.

Pemangku Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, M Yoganthiran berkata, pelaksanaan pakej pelancongan ini turut mendapat kerjasama Wow Cuti yang membantu dengan mempromosikannya di laman sesawang wowcuti.my.

IPOH – Selepas hampir lima tahun Juwita hidup bersendirian, akhirnya bertemu jodoh dengan Jiwang dan disatukan dalam majlis perkahwinan pasangan badak air pertama yang diadakan seumpamanya di Malaysia.

Ketika keduanya ingin ditemukan, pasangan badak air itu seolah-olah ‘malu-malu kucing’ apabila pengantin jantan, Jiwang berlari keluar daripada kolam apabila Juwita muncul untuk bertemu dengannya.

IPOH – Ipohpedia adalah platform digital yang dibangunkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bertujuan untuk menyalurkan maklumat berhubung tarikan, aktiviti, perkhidmatan serta pendokumentasian mengenai pembangunan dan warisan bandaraya Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, MBI melalui Jabatan Perancang Bandar melaksanakan sistem dokumentasi berbentuk digital elemen warisan bandaraya ini secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Ipoh ke arah Bandar Pintar.