IPOH – Hotel Casuarina@Meru Ipoh membawa citarasa antarabangsa berkonsepkan ‘Seantero Dunia’ untuk hidangan iftar sempena menyambut Ramadan tahun ini.

Bufet Ramadan yang bermula dari 13 April sehingga 12 Mei ini menyediakan pelbagai juadah enak dari Timur Tengah (Arab), Cina, Melayu tradisional dan pelbagai jenis menu dari seluruh pelusuk dunia yang pasti akan memikat selera pelanggan.

IPOH - Teringin menikmati menu Asam Pedas Ikan Pari yang enak seperti di Melaka sewaktu berbuka puasa? 

Tidak perlu sampai ke Melaka, kerana Hotel MH Ipoh ada menyajikan masakan istimewa itu di dalam menu bufet Ramadan yang bertemakan 'Ramadan Kareem Lambaian Desa' bermula dari 16 April sehingga 12 Mei ini.

IPOH – Setiap kali Ramadan, pasti kita rindu dengan masakan kampung, tambahan pula larangan merentas negeri akibat pandemik Covid-19 membuatkan kita tercari-cari di mana lokasi yang menghidangkan makanan ala-ala kampung untuk berbuka puasa.

Jangan gusar. Hotel Tower Regency and Apartments Ipoh menyajikan keunikan pelbagai bufet berbuka puasa bertemakan Selera Kampung Tradisi Perak bermula dari 16 April sehingga 12 Mei ini.

 

Jika  mahukan suasana meriah berbuka puasa, pilihan yang tepat ialah Hotel Impiana yang sentiasa membawa kelainan di setiap tahun. 

Kali ini Hotel Impiana membawa konsep Iftar Nostalgia yang menghidangkan pelbagai variasi hidangan istimewa berasaskan kampung.

IPOH – Penggemar makanan Cina Muslim boleh mengambil peluang untuk berbuka puasa di Restoran Laman Manjoi yang menyajikan Dome Set Berbuka sempena Ramadan ini.

Restoran ini menawarkan empat pakej bagi Dome Set iaitu Set A (empat orang) RM80 berserta lima jenis lauk pauk; Set B (enam orang) yang berharga RM140 berserta enam jenis lauk pauk; Set C (lapan orang) yang berharga RM180 berserta tujuh jenis lauk pauk dan Set D (10 orang) yang berharga RM220 berserta lapan jenis lauk pauk.