IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Kinta Baru, Gopeng dekat sini.

Kanak-kanak itu yang mempunyai masalah pendengaran dan bisu selain hiper aktif disedari hilang oleh ahli keluarganya pada pukul 6.30 petang.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.29 malam.

Menurut jurucakap tersebut, susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dikerah ke lokasi untuk membantu operasi mencari mangsa.

"Bomba menerima maklumat kehilangan kanak-kanak itu daripada pihak polis.

"Kita turut dibantu unit anjing pengesan K9 polis bagi membantu menjejaka mangsa. Operasi mencari turut melibatkan agensi-agensi lain," ujar kenyataan itu.

Operasi diketuai PBK II Shapri Shahruddin.