IPOH- Bersempena ulang tahun pertama BioFri, dua buah persatuan kebajikan menerima sumbagan bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik.

Pengasas BioFri, Frida Khong berkata sumbangan yang dihulurkan adalah bersempena ulang tahun pertama BIoFri yang kini kian mendapat sambutan di pasaran.

"Kami mahu berkongsi kegembiraan di atas kejayaan kami disamping menghargai golongan yang seharusnya mendapat pembelaan dan perhatian

"Lebih mengembirakan hari ini kami juga melancarkan produk baru iaitu Biofri Synbiotic, multiblend Prebiotic dan Probiotic, makanan tambahan untuk kesihatan dan kesejahteraan usus.

"BioFri dirumus daripada bahan-bahan semulajadi yang bertindak untuk meningkatkan sistem imun, menyahtoksik badan, menguatkan struktur tulang, menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan memulihkan keanjalan kulit," katanya kepada Peraktastic selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Pertama Dan Pelancaran Produk Baharu BioFri di Hotel Excelsior hari ini.

Dua buah rumah kebajikan terbaik ialah Pusat Kebajikan Rumah Orang Kurang Upaya dan Pusat Kebajikan Anak Anak Yatim Kasih Sayang.

Masing-masing menerima wang tunai RM1000.00 dan barangan keperluan harian seperti penapis air, kerusi roda, topeng muka, pencuci tangan dan sarung tangan.

Biofri ditubuhkan pada 28 September 2020, dimulai oleh produk Kolagen Antioksidan Amino bagi merawat kesan penuaan, menjana semula serta memulihkan tisu dan organ yang rosak, memperbaiki tulang rawan dan tulang serta penggalak imunisasi sistem tubuh.

Produk BioFri boleh didapati di Teras Nadi Medical Supplies di Jalan Kamaruddin Isa dan Signature Illumine di Jalan Raja Ekram. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati laman sesawangnya www.biofri.com.