Permai Lake View catat kejayaan Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau Covid-19, Pengurusan Strata Dalam Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 801
PUTRAJAYA - Perbadanan Pengurusan Permai Lake View merangkul kemenangan dalam Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau Covid-19, Pengurusan Strata Dalam Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mewakili Negeri Perak.
Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin @ Md Daud amat berbesar hati dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perbadanan Pengurusan Permai Lake View.
“Kita telah bersaing sehingga ke peringkat akhir dan dipilih sebagai Pemenang Negeri Perak bagi Pertandingan Komuniti Bandar Zon Hijau Covid-19, Pengurusan Strata Dalam Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Seluruh Negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini, hari ini.
Menurutnya, menerusi pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan itu, pemenang tersebut telah menerima hadiah bernilai RM50,000.00 berbentuk projek pembangunan fizikal dan sijil penyertaan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, di Millenium Grand Ballroom, Le Meridien Hotel, Putrajaya, pada Isnin.
Rumaizi berkata, MBI telah menghantar tiga penyertaan melibatkan tiga kawasan strata kos rendah iaitu Pangsapuri Cherry Blok A-B, Rumah Pangsa Taman Pakatan dan Permai Lake View Apartments.
"Penilaian pusingan pertama telah dilaksanakan pada bulan Julai 2021 oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang mana Pangsapuri Cherry Blok A-B dan Permai Lake View Apartments telah dipilih untuk ke Pertandingan Akhir," ujarnya.
Justeru, beliau berharap kejayaan itu akan menjadi pemangkin untuk memperkasakan lagi kerjasama strategik pelbagai pihak bersama komuniti dalam melaksanakan program semasa pandemik Covid-19
Jelasnya, biarpun terpaksa membudayakan kehidupan norma baharu komuniti Bandar dalam senario pandemik serta menggalakkan persaingan sihat dan menjadi pemangkin semangat antara komuniti Bandar.
Katanya lagi, usaha tetap dilaksanakan walaupun berhadapan pandemik Covid-19 terutamanya perumahan strata yang mempunyai rekod kes Covid-19 mulai Januari 2020 dan tergolong dalam zon kuning, jingga atau merah berdasarkan data Bilik Gerakan Covid-19 / Pejabat Kesihatan Daerah / Jabatan Kesihatan Negeri / Kementerian Kesihatan Malaysia.