JEDDAH - Bakal jemaah umrah dan haji diwajibkan menggunakan aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna bagi memudahkan urusan ibadah di semua lokasi Tanah Suci.

Presiden Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ),  Mohamad Ali Sabri berkata kedua aplikasi tersebut telah diguna pakai lebih 23 juta penduduk Arab Saudi pada September lalu.

"Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi telefon bimbit pintar (smart phone), Google Play atau App Store dengan mudah sebaik sahaja jemaah sampai ke Tanah Suci.

"Semua jemaah semestinya memiliki 'smart phone' sendiri dan memiliki sim kad baharu untuk data internet yang boleh diperlolehi di pintu masuk lapangan terbang.

"Dua aplikasi ini mempunyai peranan masing-masing bagi memudahkan urusan  seperti pendaftaran hotel, memasuki semua permis perniagaan, memasuki Majidil Haram, Masjid Nabawi dan ziarah Makam Baginda Nabi Besar Muhammad Rasulullah SAW," katanya ketika ditemubual, di sini, hari ini.

Aplikasi Tawakkalna yang disetujui Kementerian Kesihatan Kerajaan Saudi untuk membatasi penularan COVID-19.

Ia dikembangkan melalui kerja sama erat antara Kementerian Kesehatan dan Saudi Data and Artificial Intelligence Authority (SDAIA), lapor Saudi Press Agency.

Aplikasi Tawakkalna  ini khas digunakan sewaktu pendaftaran masuk hotel dan permis-permis perniagaan.

Sementara aplikasi Eatmarna digunakan untuk pendaftaran jemaah mamasuki Majidil Haram, Masjid Nabawi dan pendaftaran masuk ke Raudah.

Menurut Mohamad Ali, jemaah yang bakal mengikuti pakej umrah di bawah agensi PUHAZ akan diberi tunjuk ajar bagi memudahkan pendaftaran kepada jemaah.

"Kami akan memastikan semua wakil agensi PUHAZ mahir dalam pengendaluan aplikasi ini bagi memudahkan urusan jemaah kami, " ujarnya.