IPOH - Seramai 15 penghuni Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Yaasin (PJAYY) terharu menerima kunjungan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md. Daud ke pusat jagaan tersebut, di Taman Cempaka, di sini hari ini.

Dalam kunjungan itu juga, pihak Majlis Bandaraya Ipoh, (MBI) turut menzahirkan keperihatinan dengan penyerahan sumbangan iaitu barangan makanan bernilai RM1,500.00 menerusi Program MBI Prihatin dengan kerjasama Econsave kepada Pengurus PJAYY, Norizan Razali mewakili penghuni di situ, pada Rabu.

Hadir sama Pengurus Econsave Cawangan Jelapang 1 mewakili Pengurus Besar Econsave Wilayah Utara 2, Shah Effendy Rosman dan Pengurus Econsave Cawangan Jelapang 2, Ooi Kean Hock.

Sementara itu, Norizan dalam pertemuan itu meluahkan rasa penghargaan kepada pihak MBI dan Econsave kerana sudi membantu pusat jagaan tersebut.

Katanya, pusat jagaan tersebut mengusahakan perniagaan ayam golek sebagai sumber pendapatan bagi menampung perbelanjaan di pusat jagaan berkenaan selain memberikan peluang pekerjaan kepada penghuni di situ.

"Ada anak-anak di sini yang sudah menamatkan pelajaran, berkerja di gerai ayam golek itu bagi mencari pendapat mereka sendiri," ujarnya.