KERIAN - Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah mengadakan majlis agihan keuntungan Ladang Rakyat Daerah Kerian di dua lokasi berbeza iaitu di Dewan JKKK Tanjung Piandang Batu 9 dan Dewan Madrasah Azharul Jannah Simpang Empat Selinsing baru-baru.

Majlis dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kerian itu berjalan lancar walaupun dilangsungkan secara sederhana selain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Majlis di Dewan JKKK Tanjung Piandang Batu 9 turut diceriakan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Dato’ Abdul Yunus Jamhari yang sudi meluangkan masa meskipun berdepan dengan kekangan tugasan harian.

Dalam kedua-dua majlis itu, seramai 200 peserta terdiri dikalangan masyarakat setempat telah menerima sumbangan wang agihan berjumlah RM300 setiap seorang.

PPPNP berharap wang agihan yang disumbangkan itu akan digunakan sebaiknya dalam menampung perbelanjaan harian serta meringankan beban kepada mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19