IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencipta kejayaan tersendiri apabila menerima pengiktirafan melalui Team Excellence SmartBiz20 dengan inovasi Sistem MyNoRisk@MBI.

Inovasi berkenaan telah menerima pengiktirafan 5 bintang dan telah tersenarai antara 20 kumpulan terbaik Kategori Sektor Awam (Negeri) : Stream C pada Majlis Perasmian dan Penganugerahan Annual Productivity and Innovation Showcase (ArISe) 2021 yang diadakan pada 2 Disember lalu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, Team Excellence SmartBiz20 juga telah tersenarai antara 10 kumpulan terbaik kategori Sektor Awam bagi Anugerah Industri 4.0.

"Ucapan tahniah dan syabas kepada Kumpulan SmartBiz20 MBI.

"Semoga pengiktirafan yang;diperolehi oleh MBI ini akan memberi suntikan semangat kepada warga MBI untuk menghasilkan idea-idea inovasi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat warga," ujar beliau.