UPSI bakal jadi Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 771
TANJUNG MALIM - Sebuah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Keluarga Malaysia bakal ditubuhkan dengan memilih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini sebagai institusi bertanggungjawab.
Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, UPSI dipilih berikutan statusnya sebagai sebuah universiti pendidikan yang terulung di negara ini.
"Ia akan menjadi hab penyelidikan dan penyebaran ilmu mengenai Keluarga Malaysia.
"Penubuhannya juga dapat membudayakan nilai-nilai pengkayaan Keluarga Malaysia," ujarnya semasa berucap pada Majlis Perasmian Keluarga Malaysia@IPT di Dewan Tunku Canselor UPSI di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Sri Saarani Mohamad dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Sri Dr. Noraini Ahmad.
Program ini bagi mengetengahkan nilai-nilai Keluarga Malaysia dalam kalangan mahasiswa.
Majlis yang dihadiri kira-kira 2,500 tetamu ini termasuk 1,500 wakili-wakil pelajar daripada 21 buah institusi pengajian tinggi bagi mengetengahkan nilai-nilai Keluarga Malaysia dalam kalangan mahasiswa.
Berucap lebih lanjut, kata Perdana Menteri, menjadi hasrat beliau agar institusi ini nanti menjadi hab dalam menyebarkan ilmu berkaitan Keluarga Malaysia kepada masyarakat.
Katanya, hab ini juga dapat memainkan peranan dalam mempromosikan dan menyebar luas prinsip Keluarga Malaysia.