IPOH - Seramai 22 orang ahli telah menerima tauliah pelantikan Ahli Majlis Kumpulan PUBI yang diadakan pada Mesyuarat Agung Tahunan PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd baru-baru ini.

Kumpulan PUBI terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI).

Kumpulan PUBI selama ini aktif dalam aktiviti keusahawanan yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan di samping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan koperasi yang ditubuhkan.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan besar dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.