GERIK - Kebajikan terhadap masyarakat Orang Asli terus diberi perhatian khususnya dalam keadaan kenaikan harga barang ketika ini.

Justeru, bertempat di perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Chiong, Kampung Tebang di Tasik Temengor Gerik telah diadakan penyerahan bakul makanan.

Penyerahan disempurnakan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dengan kerjasama MyFundAction dan YaPEIM.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Dato Pahlawan Anuar Othman.

Turut hadir, Pengurus MyFundAction Perak, Ahmad Umar Zulkifli dan Timbalan Pengarah YaPEIM Perak, Idham Adnan Jamil.

Sumbangan Foodbank ini juga sebagai tanda keprihatinan dan membantu meringankan beban terhadap komuniti orang asal.

Selain itu, program sebegini jugak dapat meringankan beban untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.