Setiap pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan, pasti mengharapkan sesuatu yang indah di hari persandingan sebagaikan kenangan abadi.

Namun, krisis pandemik Covid-19 selama dua tahun menyaksikan kelumpuhan semua sektor ekonomi dunia. Paling menyedihkan kenaikan mendadak harga barangan memusnahkan impian mempelai melangsungkan majlis bersejarah seperti yang dirancang awal.

"Pakej Perkahwinan Endemik’ yang diperkenalkan oleh pemilik Restoran Laman Manjoi, Malizan Zakaria, mampu membantu merialisasikan impian mereka walaupun di fasa endemik, di mana kenaikan kos sebenarnya bukanlah satu penghalang.

Pakej perkahwinan yang kami tawarkan ini, sangat berbaloi serta menguntungkan semua pihak. Ini adalah pakage ‘kasih sayang’ yang ingin kami kongsikan kepada semua terutamanya kepada golongan B40.

Harga yang kami tawarkan untuk pakej perkahwinan endemik ini ialah RM12.00 seorang dan pelanggan juga boleh memilih menu ‘sajian kasih sayang’ yang kami sediakan.

Antara pilihan menu yang disediakan termasuklah, nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah atau kari, ikan masin gulai lemak nanas, pajeri terung atau jelatah, ulam-ulaman, sambal belacan, buah-buahan dan pilihan kordial.

Selain itu, pakej ini turut menyediakan laman perkahwinan termasuk meja, kerusi (termasuk sarung), meja bufet, pembesar suara dan muzik selingan”, katanya yang kini mula menerima tempahan majlis perkahwinan terutamanya menjelang cuti sekolah dan cuti umum.

Promosi pakej majlis perkahwinan ini ditawarkan dengan jumlah minimum 200 tetamu bagi satu-satu majlis.

Selain itu, Laman Manjoi turut menawarkan lima bilik dengan harga serendah RM200 di M Motel Meru Ipoh untuk penginapan tetamu atau ahli keluarga yang tinggal di luar Ipoh.

Kami sedia berunding bagi memudahkan majlis perkahwinan mengikut buget dan kemampuan keluarga pengantin.

Kami akan cuba membantu agar majlis yang akan dilangsungkan meriah walaupun ianya nampak sederhana tetapi menggembirakan semua pihak.

Kepada bakal mempelai yang dalam kebuntuan kerana kekurangan buget, boleh hubungi talian 012-6810861 atau emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Whatsapp link www.wasap.my/60126810861/Wedding.

Kami sentiasa bersedia untuk berunding, kerana kami yakin, inilah antara pakej yang terendah dan mampu milik untuk semua komuniti !!!