BATU GAJAH - Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) akan menganjurkan Program Eco Green Market dan pembukaan kaunter perkhidmatan pada Ahad ini di Surau Al-Iklas Bandar Pulai Jaya.

Program selama tiga jam itu akan bermula pukul 9 pagi.

MDBG dalam satu kenyataan memberitahu, seluruh komuniti setempat dijemput hadir dengan membawa bersama-sama barangan kitar semula untuk ditukarkan dengan barangan keperluan harian.

Menurut kenyataan itu, kaunter perkhidmatan MDBG juga dibuka kepada komuniti setempat bagi urusan pembayaran bil tertentu dan semakan.

"Antaranya bayaran cukai taksiran, bayaran kompaun, semakan dan cetakan bil cukai taksiran, aduan awam dan pendaftaran e-kasih.

"Istimewa pada hari tersebut ialah peluang untuk mendapat potongan 50 peratus bagi bayaran kompaun dan pengecualian Notis E bagi bayaran penuh cukai taksiran," ujar kenyataan itu.

Jadi, apa tunggu lagi jom warga Batu Gajah ambil peluang hadirkan diri pada program berkenaan nanti.