TAIPING - Projek Beriani Jumaat (PBJ) diteruskan bersama Syarikat Riverstone Sdn. Bhd. dengan menyantuni beberapa kelompok penduduk pada Jumaat lepas.

Antaranya penghuni Chrystal Home, Penduduk Kampung Peng Long dan 'rakan-rakan jalanan' di sekitar Bandar Taiping.

PBJ merupakan sebuah siri program Majlis Perbandaran Taiping (MPT) yang diadakan pada hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan sejak bulan Mac 2021.

Ia membuka peluang dan menawarkan ruang kepada orang ramai, syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menyumbang.

PBJ menyasarkan golongan-golongan yang memerlukan untuk menerima bungkusan nasi beriani bagi menceriakan hari mereka.

MPT merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada wakil Syarikat Riverstone Sdn Bhd atas kerjasama menjayakan program, sumbangan dan tajaan nasi beriani pada program kali ini.

Mereka yang berminat untuk menyalurkan sumbangan dan tajaan PBJ bagi sesi yang akan datang bolehlah berhubung dengan Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MPT di talian 05-8080777 sambungan 2181 atau 2182.