Warga 2 Bgd bantu bersih bangunan persatuan orang cacat
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 634
IPOH - Sepasukan anggota Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Bgd) telah melaksanakan program jiwa murni membersihkan bangunan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Negeri Perak, Cawangan Ipoh di Bangunan Persatuan Medan Kidd pada Khamis lalu.
Mereka terdiri daripada dua pegawai dan 30 anggota dari Markas 2 Bgd dan Skuadron Semboyan Briged Kedua Infantri (2 SSB).
Program itu bertujuan untuk memberi bantuan tenaga kerja dalam membersihkan bangunan persatuan yang telah lama tidak beroperasi akibat dari pandemik Covid-19 yang melanda.
Ini juga mengeratkan semangat kerjasama dan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga Tentera Darat (TD) dan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Negeri Perak.
Selain itu, program ini turut melahirkan nilai-nilai kerohanian dan kesedaran dalam diri warga 2 Bgd dalam membentuk sahsiah diri yang unggul.
Pelaksanaan program ini sejajar dengan tonggak kelima perintah ulung Panglima Tentera Darat ke-28 iaitu peningkatan hubungan Tentera Darat dengan awam.