IPOH - Tiba sahaja musim cuti panjang misalnya cuti perayaan, bandaraya Ipoh pastinya menerima kunjungan pengunjung luar termasuklah pelancong asing.

Keunikan dan keistimewaan tersendiri bandaraya Ipoh umpama manget yang menarik pengunjung luar, apatah lagi berada di bandaraya ini pastinya tidak mengecewakan.

Petang Ahad lalu, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Kaunselor Dr. Richard Ng semasa turun padang mengadakan sesi walkabout di Concubine Lane, Ipoh telah terserempak dengan sekumpulan pelancong luar negara.

Beliau turut berbual-bual dengan beberapa pelancong dari Perancis I noticed it was very crowded.

Menerusi perkongsian dalam laman Facebook, beliau memberitahu cuti panjang menyaksikan Ipoh sibuk dengan tetamu luar ini.

"Kita meraikan kedatangan mereka khususnya pelancong asing. Ramai yang tertarik ke sini kerana kepelbagaian yang ada di Ipoh.

"Kita banyak tempat menarik selain makanan dan kebudayaan," ujar beliau.

Pada pagi hari sama juga, Dr. Richard hadir merasmikan Ink Brush Painting Exhibition di premis 22 Hale Street Ipoh.

"Saya berbesar hati diberi kesempatan merasmikan pameran ini dan dapat berjumpa beberapa personaliti yang saya kenal dari Perak dan Pulau Pinang.

"Saya juga menyaksikan kemahiran pakar pelukis berus Cina, iaitu Sifu Han Biao. Sejumlah lukisan beliau dipamerkan untuk tatapan umum," ujarnya.

Pameran ini dianjurkan Black Lotus Productions dan Lions Club of Ipoh Elite untuk mempromosikan seni lukisan Cina.