PROGRAM pertanian bandar merupakan inisiatif penting untuk membantu isi rumah mengurangkan kos sara hidup di samping menikmati hasil tanaman yang sihat dan segar.

Konsep pertanian ini juga sangat mudah manakala hasilnya juga boleh dituai dalam tempoh yang agak singkat.

Baru-baru ini, lawatan pemantauan Projek Pertanian Bandar telah dilakukan oleh pihak Jabatan Pertanian daerah Kuala Kangsar ke Madrasah Idrisiah Bukit Chandan semalam.

Pegawai Pertanian Daerah Kuala Kangsar, Muhammad Nazri Hassan mengetuai lawatan ini bagi melihat usaha pihak sekolah khususnya para guru yang menjayakan program ini.

Diharap usaha ini dapat membuahkan hasil sepertimana dirancang sekali gus boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan pihak madrasah seterusnya komuniti setempat.