Perusahaan arang dari kayu bakau, antara industri tertua di Kuala Sepetang, Taiping. Proses penghasilannya memerlukan kepakaran dan jangka masa yang lama.

Proses pembakaran kayu bakau di dalam dapur berbentuk iglu itu, dibahagikan kepada beberapa peringkat dan memakan masa kira-kira sebulan.

Peringkat awal bermula dengan pembakaran api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup sepenuhnya selama 10 hari lagi untuk proses penyejukan.

Proses pembakaran arang perlu dikawal 24 jam sehari bagi memastikan tiada kebocoran pada dinding relau. Jika ada kebocoran yang tidak disedari, kayu yang ada di dalam relau boleh terbakar sehingga menjadi abu dan boleh mengakibatkan kerugian ribuan ringgit.

Seterusnya proses penyejukan juga merupakan masa paling kritikal dan memerlukan pengawalan rapi untuk memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu.

Arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang mempunyai kualiti antara yang terbaik di dunia dan mendapat permintaan tinggi dari luar negara antaranya Jepun, Arab dan Korea.

Selain menjadi bahan bakar, arang juga digunakan di dalam industri pembuatan barangan kosmetik, bahan pencuci, baja, ubat nyamuk dan batang cerucuk.

Ends//