Bantulah ayah sebelum terlewat! -Dua remaja buntu cari RM40,000 rawat kanser paru-paru tahap 4 ayah mereka
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 2617
Sungai Siput (U) - Mereka tidak seperti remaja lain, hari-hari bersulam air mata melihat penderitaan ayah mereka yang kini mengidap kanser paru-paru tahap empat.
Nabila Musa, 16, berkata dia terpaksa berhenti sekolah demi menjaga ayahnya yang terlantar sakit serta memerlukan penjagaan rapi.
“Ayah saya disahkan mengidap kanser paru- paru oleh doktor seawal tahun ini dan memerlukan RM40,000 untuk kos merawat lanjutnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Paling membimbangkan menurut laporan doktor kuman kanser itu telah mula merebak ke bahagian otak, buah pinggang dan paru paru. Sekiranya tiada sebarang tindakan awal risikonya amat membahayakan.
“Kami dalam kebuntuan dan kerisauan bagaimana untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar itu untuk merawat penyakit ayah. Tiada jalan lain hanyalah memohon simpati orang ramai untuk mendapatkan bantuan segera sebelum terlewat,” katanya ketika ditemui dirumahnya di 154, Kampong Temin Hilir, Sungai Siput Utara, Perak.
Musa Ngah Wahab 48, kini tidak mampu lagi keluar menoreh getah bagi menyarakan dua anaknya sejak berpisah dengan isterinya lebih sepuluh tahun dulu. Dia disahkan mengidap kanser paru- paru oleh doktor Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (HRPB), awal tahun ini.
Anak sulongnya, Mohd Izam Musa, 18, berkata kehidupan mereka tiga beranak seumpama kais pagi, makan pagi. Menurutnya mereka menanggung hutang sebanyak RM6,000 yang dipinjam dari orang terdekat untuk menampung kos perubatan ayahnya sebelum ini.
“Saya berkerja sambilan sebagai kelendan lori sekiranya diperlukan. Upah saya tidak menentu tetapi cukuplah demi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk kami.
“Ayah telah menjalani enam kali rawatan radioterapi. Kini ayah saya harus meneruskan rawatan di PPUM Kuala Lumpur dan perbelanjaan sekali rawatan ialah RM300”, katanya dengan sebak.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Musa Ngah Wahab: 0890141000054642 atau menghubungi Mohd Izam ditalian 011 3954 0744.