MUTAQAB Lahirkan Modal Insan Cemerlang
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 851
Batu Gajah- Program MOTIVASI ‘RETREAT BAKIP’ berjaya menyuntik semangat baru kepada 86 pelajar anak yatim sekolah Maahad Tahfiz al-Quran dan Akademik Bakip (MATAQAB).
Pengerusi Jawatankuasa Agama Dan Pendidikan Islam, Luar Bandar Dan Pembangunan Usahawan, Dato’ Asmuni Awi berkata MATAQAB antara sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang banyak melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan tahfiz al-Quran.
“Sejak penubuhan MATAQAB oleh BAKIP pada 2011 ianya telah banyak membantu pelajar-pelajar yang terdiri dari anak-anak yatim bersekolah dalam dua aliran iaitu arus perdana dan aliran tahfiz al-Quran.
“Kerajaan negeri Perak sentiasa memberi perhatian dan sokongan dalam urusan kebajikan rakyat terutamanya anak-anak yatim.
“Kita mahu sentiasa melahirkan modal insan untuk masa hadapan yang bukan sahaja cemerlang dalam akedemik malah cemerlang juga dalam bidang penghafazan al-Quran’, katanya semasa berucap pada majlis penutup Retreat Bakip di Lembah Jernih Village, Batu Gajah pada 22 Februari 2020 yang lalu.
Program yang berlangsung selama sehari itu turut disertai oleh 27 orang guru MATAQAB. Selain dari program motivasi yang diterajui oleh Ustaz Husni Mubarak, ianya juga membincangkan bagaimana mempertingkatkan kualiti pembelajaran yang lebih cemerlang melalui aspek pentadbiran, infrastruktur dan kokurikulum.
Sementara itu menurut Pengerusi BAKIP, Dato’ Mohd Zainal Abidin Abdul Kadir berkata peranan BAKIP selaku Lembaga Pengurusan Sekolah sentiasa ingin meningkatkan kemudahan infrastruktur MUTAQAB bagi menjamin keselesaan para guru dan pelajar.
“Saya yakin sokongan berterusan dari Kerajaan Negeri Perak serta Kementerian Pelajaran, MATAQAB berpotensi untuk mencapai kecermelangan dalam pelbagai bidang dan secara langsung berjaya membantu anak-anak yatim yang kurang bernasib baik untuk berjaya dalam hidup”, katanya yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah MUTAQAB.