IPOH - Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, pelbagai bentuk bantuan tidak putus-putus disumbangkan kepada mereka yang terjejas. 

Pesakit yang menjalani kuarantin serta petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 Stadium Badminton Ipoh turut mendapat perhatian Pejabat Raja DiHilir Perak dan Bond
Holdings Sdn Bhd apabila mereka menyumbangkan 400 set makanan A&W, pada Khamis. 
 
Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan sumbangan ikhlas tersebut.  
 
Turut serta pada pemberian sumbangan itu adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud, Ketua Pegawai Eksekutif, Bond Holdings Sdn Bhd Ong Teng Boon serta wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan A&W Malaysia.
 
Pemberian tersebut adalah sebagai tanda sokongan kepada usaha petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus demi memastikan wabak Covid-19 dapat dikawal dengan sebaiknya. 
 
Semoga sumbangan yang disampaikan itu dapat memberi keceriaan kepada pesakit yang ditempatkan di pusat kuarantin tersebut.