Ipoh, 24 Mei- Walaupun dunia sedang bergelut dengan krisis pendemik Covid-19, namun di mana sahaja kemeriahan Aidil Fitri tetap disambut dengan meriah walaupun terpaksa mematuhi norma baru dalam kehidupan seharian.

Satu Syawal 1441 hijrah disambut dgn kesyukuran walaupun tanpa ada ahli keluarga yang tidak dapat meraikannya bersama-sama.

Noraini Dollah, 58, dari Bercham, berkata walaupun ada ahli keluarganya tidak pulang ke kampung kerana terpaksa akur dengan perintah kerajaan dalam mematuhi arahan Peringkat Kawalan Bersyarat (PKPB).

"Bulan puasa dan sambutan hari raya tahun ini adalah paling istimewa dan bersejarah pada makcik dan pakcik. Inilah kali pertama kita beraya dalam suasana norma baru.

"Pada yang tidak dibernarkan balik kampung bersabarlah, insya Allah tahun hadapan sekiranya krisis Covid-19 ini telah dapat diatasi sepenuhnya, kita boleh beraya seperti biasa. Berdoalah agar kira semua selamat dari ancaman virus yang boleh meragut nyawa ini", katanya.

Sementara itu Sarah Hijazi, 36, berkata seharusnya semua individu haruslah sentiasa berdiplin sewaktu (PKPB) terutamanya sewaktu meraikan hari raya.

"Kita harus terus mengamalkan norma baru ini sekiranya PKPB akan berakhir nanti. Aspek kebersihan perlu diutamakan dan sentiasa memberi kerjasama kepada kerajaan dalam memastikan rangkaian Covid-19 dpat disekat sepenuhnya.

"Tidak mustahil negara kita akan bebas dari Covid-19 sekiranya kita bersama-sama mengikuti dan menjaga diri sendiri serta orang lain", katanya.