IPOH- Di kemuncak kerjayanya menjulang naik , tiba-tiba menjadi malap apabila ianya disahkan mengidap kanser paru-paru tahap empat pada november 2018 yang lalu.

Diwaktu itu bertapa sukarnya dia menerima kenyataan apatah lagi melupakan dunia senifoto, namun itulah kenyataan yang harus dilalui oleh Nooreman Noor Faadi, 38, dari Kampung Kepayang, Simpang Pulai, Perak.

Nooreman lebih dikenali sebagai Manjafoto dikalangan rakan-rakan jurufoto, berkecimpung dibidang seni foto sepenuh masa sejak 13 tahun yang lalu bersama isterinya Katija Abd Wahid, 39 yang juga berbakat dalam bidang fotografi.

“Selama setahun saya berjuang berubat berbagai kaedah perubatan, akhirnya keadaaan semakin serius dan sekarang saya terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.

“Menurut doktor saya harus menjalani kimoterapi sebanyak 6 kali dan kini saya telah menjalaninya sebanyak 2 kali. Sememangnya ada perubahan namun saya tidak mampu lagi aktif seperti dahulu”, katanya sewaktu ditemui di program Manja Charity Outing yang berlansung di Ipoh pada 29 February yang lalu.

Menurut isterinya Katija, kos perbelanjaan dalam sebulan bagi menampung pelbagai ubat-ubatan termasuk makanan tambahan dianggarkan mencecah RM2000.

“Nasib baiklah rawatan di hospital ditanggung oleh insuran perubatan namun jumlah insuran pun sudah melebihi tahap biayaan dan kini telah diperbaharui untuk kali kedua.

“Kerja-kerja fotografi masih berjalan tetapi kami serahkan pada pekerja-pekerja atas nama manjafoto. Suami saya jika dia bertenaga dia akan buat kerja-kerja penyuntingan saja. Untuk turun padang dia tidak berdaya lagi.

“Pendapatan kami hanya mencukupi untuk kami sekeluarga. Kekadang saya juga buntu untuk menampung perbelajaan perubatan suami saya. Kami juga harus memikir sewa rumah yang harus dijelaskan setiap bulan dan persekolahan anak kami Nor Zarah Khalisya, 5 tahun”, katanya.

Kepada yang ingin meringankan bebanan Nooreman bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun Maybank 15 80 15 04 31 73 Nooreman Bin Noor Faadi.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Negeri Perak (PPPBNP), Zamari Muhyi berkata pengajuran program Manja Charity Outing bertujuan memberi sokongan kepada Nooreman dalam mencari dana bagi meringankan bebanan yang dihadapainya.

“Hari ini kita menerima penyertaan seramai 69 orang jurugambar yang bukan sahaja sekitar Perak tetapi dari Kuala Lumpur dan Kedah.

“Kita berjaya mengumpulkan kutipan derma sebanyak RM3,107 termasuk RM500 dari syarikat pencetakan Win Art. Kami juga berjaya menjual barangan seperti T-shirt dan mug”, katanya.

Pertandingan yang bertemakan street foto telah dimenangi oleh Muhammad Nur Hafizh Osman, 27, dari Kuala Lumpur membawa pulang wang tunai RM150, Tempat kedua RM100 dimenangi oleh Mohd Faizal Bakar, 36, dari Kuala Lumpur dan ketiga RM50 dimenangi oleh Nur Hamanina Hanum Rusli, 26, dari Kedah.