IPOH 13 Feb – Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) melangkah setapak lagi dalam rangkaian perniagaanya apabila bakal membuka cawangan kedua pajak gadai Islam, Ar-Rahnu dalam masa terdekat ini.

Pengurusi KAKIB, Khairul Anuar Mohd Nor berkata, penambahan rangkaian Pajak Gadai Islam Ar Rahnu merupakan inisiatif memudahkan lagi perkhidmatan kepada orang ramai.

“Memandangkan sambutan dari orang ramai begitu menggalakkan jadi kami telah merancang akan membuka cawangan baru yang lebih stategik dan selesa.

“Kita mengenakan upah simpanan yang tetap iaitu RM0.80 bagi RM100 dengan margin yang diberikan kepada penggadai sehingga 80 peratus daripada nilai marhun.

“Sehingga tahun 2019, transaksi melibatkan Ar-Rahnu menghampiri RM2 juta dan ianya merupakan dorongan untuk koperasi membangunkan Ar-Rahnu KAKIB yang kedua”, katanya pada sidang akhbar di pejabat KAKIB di Jalan Dato’ Onn Jaafar.

 KAKIB ditubuhkan pada tahun 1923 semasa era kolonial merupakan koperasi kedua tertua di Malaysia yang ketika ini memiliki seramai 6,679 ahli dengan nilai aset sebanyak RM97 juta manakala modal pula RM70 juta.

 Khairul Anuar memberitahu, keahlian KAKIB khusus bagi penjawat awam termasuk badan-badan berkanun lantas memberikan keistimewaan kepada golongan kakitangan kerajaan tersebut.

 Katanya lagi, tahun 2018, KAKIB mencatat keuntungan bersih sebanyak RM6.9 juta. Tahun lalu, KAKIB mengumumkan pemberian dividen keseluruhan sebanyak 18.1 peratus meliputi dividen yuran iaitu 7.1 peratus, dividen saham (8 peratus) dan dividen atas simpanan khas (3 peratus).

 “Pada tahun 2018, KAKIB telah menubuhkan satu agensi pelancongan iaitu Kakib Safar Travel & Tours (KSTT) yang menjalankan perniagaan pelancongan di mana pada awalnya menfokuskan pakej Umrah kepada kakitangan kerajaan, anggota dan orang luar tetapi yang menariknya anggota KAKIB diberikan keistimewaan dari segi pemberian potongan harga.

“Bagi pelancongan khusus kepada pakej Umrah, anggota KAKIB akan diberikan diskaun termasuk pelancongan ke destinasi lain malahan boleh membuat pinjaman pembiayaan dengan KAKIB bagi mengerjakan Umrah,” katanya.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubngi KSTT di talian 05-525 2998, 016-421 6471, emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau layari laman Facebook Kakib Safar Travel &Tours.