SUNGAI SIPUT- Balai Polis Karai hari ini menerima Ketua Polis Balai yang baharu dalam satu Majlis Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Ketua Polis Balai.

Acara yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, DSP Juna Yusuff, menyaksikan penyerahan tugas di antara P/SM. Subra Maniam Perumal dan KPL. Tang Jung, berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput.

Pada majlis itu juga, acara Pemakaian Pangkat kepada Pegawai Rendah Polis turut diadakan.

Hadir sama Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai Sungai Siput, Inspektor Abdul Wahed Hamid.