PORT bawa ‘Semesta’ ketengahkan isu global
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 665
Sentuhan menggunakan bahan dari tanah liat di atas kanvas, merupakan genre seni yang berbeza dan jarang dipersembahkan.
‘Semesta’, sebuah pameran seni artis residensi yang sedang berlangsung di Koloni Karyawan Aman Jaya (PORT) mengenengahkan elemen-elemen persekiraran antara manusia dan alam semesta.
Tiang Tanah Air, karya Khalil Muhsain menggabungkan tanah liat, besi dan air. Karya ini meniru proses semula jadi pembentukan batu yang merujuk kepada perkembangan masa dan pengaruhnya terhadap struktur kepercayaan.
Menerusi pengkaryaan itu, beliau ingin berhasil membawa persoalan tentang proses peralihan, fasa, memori dan kehilangan.
Pastinya pandangan mata terkunci pada ‘Surface Passage’ antara lukisan-lukisan yang mengadaptasikan taman rekreasi Gunung Lang dengan menggabungkan hubungan antara bahan tanah liat dan permukaan batuan sangat menakjubkan.
Lukisan-lukisan yang bernilai sehingga RM1,800 ini mengandungi nilai-nilai artistik yang tinggi disamping menyimpan maksud tersirat sekaligus menjadikannya ia satu karya agung yang harus dimiliki oleh pencinta seni.
Berlainan pula dengan Izzat Azizi yang menjadikan bahan plasik terbuang sebagai inspirasi dalam karyanya di pameran ini.
Kebanyakan hasil karyanya menyentuh masalah persekitaran seperti pengeluaran sisa toksin, pencemaran air dan ancaman plastik mikro.
Idea yang diaplikasikan menerusi karya-karya beliau ini tercetus sewaktu menyertai aktivti pembersihan sampah di Pasir Bogak, Pulau Pangkor.
Jika dilihat dari karyanya bertajuk ‘Membaik Runtuhnya’, beliau mengetengahkan elemen pengulangan 13 tapak kaki yang diperbuat daripada bahan plastik terbuang melalui proses pleburan.
Secara kesimpulannya pameran ini telah mengupas isu global yang tiada berkesudahan. Namun ia berupaya menyedarkan khalayak tentang kealpaan, kecuaian dan kesilapan manusia terhadap kepentingan alam semesta.
Pameran yang mendidik minda khususnya kepada generasi muda ini, boleh disaksikan sehingga 25 September 2021 di bangunan Blackhouse PORT.
Sekalung penghargaan terhadap PORT yang berjaya membawa satu lagi bahan tontonan yang simple tetapi sarat dengan mesej sinis tetapi bermanfaat kepada semua.