LENGGONG - Seramai 95 pelajar anak-anak Lenggong yang cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 35 pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima sumbangan atas pencapaian mereka.

Ini sebagai suatu pengiktirafan kepada anak anak Lenggong yang berjaya selain menjadi pencetus semangat bagi kejayaan seterusnya.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, bagaimana pun ia adalah permulaan bagi menghadapi pelbagai lagi dugaan.

“Kejayaan ini ada permulaan kepada usaha mencipta kejayaan yang lebih besar. Justeru berusaha lah untuk lebih berjaya.

“Semakin tinggi ilmu yang kita miliki, semakin bernilai diri kita,” ujar beliau semasa berucap pada Majlis Sumbangan Pelajar Cemerlang Parlimen Lenggong di Kompleks Komuniti Kemas Lenggong pada Khamis lalu.

Majlis turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kenering, Datuk Mohd. Tarmizi Idris dan pegawai-pegawai kanan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak serta ibu bapa.

Pada majlis tersebut, semua pelajar yang berjaya menerima sumbangan wang tunai dan sijil penghargaan.