'Uncle Yip' terima basikal daripada Datuk Bandar
- Details
- Rubiah Nordin
- Komuniti
- Hits: 727
IPOH - Hari ini merupakan hari yang paling bermakna kepada seorang penjual buah-buahan, Yip Foong Yin, 70 atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Yip' , apabila dia telah menerima sebuah basikal yang diserahkan sendiri oleh Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud .
Kepayahan hidup 'Uncle Yip' telah disedari oleh Ahli Majlis MBI, Clr. Richard Ng menerusi program MBI pada Julai lalu.
Basikal roda tiga bernilai RM3,350 akan digunakan sebaiknya oleh 'Uncle Yip' untuk mencari rezeki menjual buahan-buahan yang ditanam sendiri di kebunnya.
Menurut Rumaizi, bantuan ini diberi sebagai satu usaha membantu rakyat yang mahu mencari rezeki menerusi perniagaan.
"Kita beri bantuan yang dapat memberikan pulangan pendapatan berterusan dan bukanlah bantuan sekali sahaja kerana dengan cara ini mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup," kata selepas menyerahkan bantuan basikal berkenaan di Taman Pakatan Jaya di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, harapan pihaknya adalah untuk memastikan masyarakat yang hidup dalam kesusahan terus dibela.
Julai lalu, dia ditemui menghuni dalam sebuah rumah yang usang serta serba kekurangan.
Dia tinggal sebatang kara di situ selepas rumah peninggalan keluarganya musnah dalam kebakaran.
Dia yang pernah bekerja sebagai buruh binaan kini menyara kehidupan harian melalui jualan buah-buahan di kebun peninggalan bapanya.
"Tapi sekarang saya tidak boleh berniaga buah-buahan kerana basikal sudah rosak.
"Saya juga terpaksa menadah air hujan atau mencari sumber air untuk kegunaan harian," katanya.