Burger Esports juara PUBG Mobile
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 647
Ipoh- Pasukan Burger Esports muncul sebagai johan dalam kejohanan Piala E-Sports (PUBG Mobile), Ketua Whip Ahli Majlis 2021 peringkat Hulu Kinta.
Sebanyak 25 kumpulan dibahagikan kepada empat orang setiap kumpulan telah menampilkan kemahiran masing-masing bagi merebut hadiah keseluruhan sejumlah RM1,750.
Pengajurnya, Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Zon 1 (Hulu Kinta) berkata kejohanan yang berlangsung selama sehari itu disertai oleh belia-belia di seluruh kawsan Ulu Kinta.
“Kejohanan julung kali dianjurkan ini, bertujuan memberi sokongan terhadap sukan E-Sports sekaligus menggilap bakat-bakat anak muda yang ingin menguasi sukan ini dengan lebih cemerlang pada masa hadapan.
“Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat Datuk Bandar Ipoh yang sentiasa memberi sokongan serta meluangkan masa bagi merasmikan kejohanan ini.
“MBI sentiasa komited memberi kerjasama dalam menggilap bakat sukan elektronik buat para belia. Saya berharap kejohanan ini selain dapat menyerlahkan bakat para belia, ia juga mampu mengeratkan persahabatan diantara peserta-perserta,” katanya selepas perasmian kejohanan tersebut oleh Datuk Bandar Ipoh, Dato, Rumaizi Baharin @ Md Daud di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun, di sini, hari ini.
Hadir sama Pegerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Tambun, Mejar Zulkefli Mohd Nor dan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk, Shamsul Redzuan Mohd Noor.
Juara Pasukan Burger Esports menerima wang tunai sejumlah RM800.00. Sementara naib johan RM400 dimenangi kumpulan LGR Ainah Jr dan ketiga Team Kuale menerima RM300.