TAPAH - Lorong kecemasan dan lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan antara Tapah ke Bidor akan ditutup lima hari mulai Isnin, 15 November.

Bagaimana pun, lorong kanan dari Kilometer 329.65 hingga Kilometer 330.10 arah selatan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Menurut kenyataan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), penutupan bermula pukul 9 pagi Isnin sehingga 12.30 tengah hari Jumaat itu dibuat bagi kerja-kerja senggaraan.

"Laluan ditutup sehingga 19 November itu dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar.

"Sehubungan itu, pengguna diminta berhati-hati dan ikut tanda panduan jalan raya yang diletakkan," ujar kenyataan itu.