IPOH - Sumbangan kit pelindung Covid-19 telah diberikan oleh Agensi Perniagaan Seoul yang merupakan sebuah agensi dibawah Kerajaan Metropolitan Seoul dari Korea Selatan baru-baru ini.

Pek sumbangan ‘'Seoul Made Covod-19 Kit’ mengandungi pelitup muka, cecair pencuci tangan, sabun herba, losyen pelindung matahari dan sebagainya.

Penyerahan sumbangan telah dilakukan oleh Pengerusi Penganjur Kempen, Adam Swee daripada Luve Sdn. Bhd. dan Duta Program, Chloe Kuan daripada Agensi Perniagaan Seoul.

Sumbangan disampaikan kepada beberapa pihak seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Jabatan Kesihatan negeri Perak.

Ia sebagai langkah menangani penularan wabak pandemik bersama.