IPOH - Enam pelajar tingkatan 5 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar dilaporkan positif Covid-19 dan disahkan pengetuanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Adalah dimaklumkan terdapat kes Covid-19 positif dalam kalangan pelajar yang melibatkan enam pelajar Tingkatan 5.

"Pelajar Tingkatan 5 yang lain juga telah menjalani ujian saringan dan alhamdulillah semua negatif.
"Segala SOP sentiasa diperingatkan kepada semua pelajar agar dipatuhi," katanya.

Pihak MRSM SAS memohon ibu bapa menyokong penuh pihak pengurusan dalam menangani bersama situasi ini.

Difahamkan ketika ini tindakan selanjutnya telah dilakukan oleh petugas Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.

Sementara itu dalam kenyataan media,
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains dan Alam Sekitar negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung kes yang dilaporkan.

"Saya mengambil maklum berkenaan laporan terdapat kes positif Covid-19 pelajar MRSM SAS Kuala Kangsar iaitu Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik dilaporkan sebelum ini.

"Saya ingin sarankan agar semua pihak sentiasa berwaspada dan memaksimumkan pematuhan kawalan kendiri awam" ujarnya.