Taman Cempaka dilanda banjir kilat
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 828
IPOH – Satu kejadian banjir kilat berlaku di Taman Cempaka di sini malam tadi menyebabkan ada kawasan di sekitarnya ditenggelami air setinggi 0.6 meter.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 9.07 malam Jumaat.
Menurut jurucakap itu, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh telah dihantar ke lokasi tersebut bagi memberikan bantuan.
“Setibanya bomba di tempat kejadian mendapati berlaku banjir kilat dengan paras air naik sehingga 0.6 meter.
“Pihak bomba terus membuat pemantauan dan air semakin surut manakal tiada mangsa terjejas dipindahkan,” ujar jurucakap tersebut.
Operasi yang diketuai PBK II Saiful Habtur itu tamat sepenuhnya pada pukul 10.57 malam.