GOPENG – Kerajaan Negeri Perak memandang serius masalah haiwan jalanan yang seharusnya mendapat pembelaaan bagi memastikan kebersihan persekitaran bersih dan tidak mencemar.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, bagi mengawal populasi haiwan jalanan yang berkeliaran khususnya anjing dan kucing, kerajaan negeri akan mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah tersebut.

Mulai tahun hadapan, Bahagian Kerajaan Tempatan akan mengadakan kempen secara bermusim dengan menawarkan subsidi untuk perkhidmatan kesihatan, seperti memandulkan haiwan jalanan.

Subsidi akan diwujudkan dari beberapa sumber iaitu kerajaan negeri sendiri, sumber bantuan ataupun sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di mana kita akan kurangkan kadar bayaran tersebut kepada satu kadar yang cukup minima.

Kerajaan negeri juga melihat inisiatif ini wajar diteruskan bagi membela nasib kucing jalanan seterusnya mensejahterakan Eco Sistem setempat,” katanya selepas merasmikan Festival Kucing Jalanan 2021 di The Treasure @ Taman Herba, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merangkap Penaung Meow Food Truck, Dato' Azizul Kama Abdul Aziz.

Nolee Ashilin juga mahukan, kempen yang dilaksanakan secara bermusim itu, akan menggalakkan pendidikan di antara pembela-pembela haiwan agar lebih bertanggungjawab, khususnya mengawal populasi mereka yang tidak berkehendakkan haiwan-haiwan itu lagi.

Beliau turut menyokong baik usaha pelbagai pihak yang telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan kucing kurang upaya, kucing berhias, kucing unik dan kucing makan paling laju.

Keadaan Pandemik COVID-19 serta bencana banjir sekarang, para penyelamat kucing jalanan pastinya dapat memaksimakan usaha dan memperluaskan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan supaya dapat membantu dan membela nasib kucing jalanan dalam skala yang lebih besar, khususnya di Perak.

Penganjur festival Meow Food Truck ini, merupakan satu langkah yang mampu memberi pendidikan kepada generasi muda sekaligus memupuk kesedaran kepada orang awam dalam menyantuni kucing-kucing jalanan, tahniah,” katanya.